Siyyah

Dari mana aku datang? Ke mana aku pergi?

Mengapa aku di sini?

Kita sentiasa mencari dalam kehidupan yang lebih baik. Dunia dan masyarakat ini lebih bererti dan lembut kerana kebaikan dapat dicapai dan dikongsi bersama. Melalui perubahan, kebaikan ini terbentuk dan menunjangi akar masyarakat dan keluarga manusia.

Begitupun, perubahan hanya bermakna sekiranya dipandu dan mengejar pembudayaan yang ciri2nya mengangkat dan mengajukan ketinggian kedaulatan manusia dan nilai2 etika-moral kesejagatan.

Begitu kerap kita melihat bahawa perubahan yang wujud tidak dikemudikan dan membawa inti yang mendalam dan bernegara-bangsaan. Justeru, tidak aneh dan sebarangan untuk kita menyoal adakah perubahan setakat mengundi di peti undi, dan menukar pemerintahan sahaja.

Kita tidak lupa, bahawa perubahan yang berlaku tidak didorong oleh paradigma dan proses budaya yang tuntas dan jauh. Perubahan yang terjadi tidak berkeinginan untuk dan dapat melakarkan suatu visi bermasyarakat yang lebih bulat, sejahtera dan berpribadi besar.

Oleh itu, perubahan, budaya dan masyarakat menjadi miskin dan lemah kepribadiannya.

Kesannya, institusi universiti yang ditegakkan sebagai tiang moral dan keilmuan  negara dan masyarakat untuk mengibarkan panji cita sempurna, ketajaman intelektual, dan keberanian moral, lusuh dan layu bersama.

Sekiranya universiti, adalah roh paling murni dan hayat masyarakat dan negara kita, maka pemimpin yang berdiri di puncaknya perlu lebih besar lagi. Besar kerana pernah dan sudahpun menyumbang kepada kesarjanaan dunia dan masyarakat kita. Kurang daripada itu, atau sekiranya tidak sampai lagi ke peringkat pembinaan sebahagian ketamadunan dunia dan keinsanan, dan negara yang berbudaya yang yakin dengan kedudukannya di dunia, maka mungkin perlu untuk hanya mengambil tempat dalam pemerintahan sahaja.

Generasi masa depan, dan angkatan muda, tidak harus dipandang rendah dan sebagai gangguan yang boleh disapu-hembus buang begitu sahaja. Kehidupan, dan masa depan yang lebih baik, dikejar oleh mereka. Kerana pada akhirnya, dunia dan negara ini adalah milik mereka.

Mendesak, menuntut, berpihak, dan mengambil dan mempertahankan pendirian bukan satu kesalahan dan penghinaan.

Mereka berani, dan sentiasa berani. Kerana tiada kehidupan dan kebaikan untuk semua, tanpa keberanian dan desakan cergas.