Tentang Kami / About Us

Piagam Jentayu

Pengantar

Jentayu merupakan sebuah kolektif berpengkalan di Malaysia dalam usaha memperbaharui gerakan sosialisme di Malaysia pada Abad Ke-21. Ada ketikanya kami berpaling ke masa lalu bagi mencari ilham, terutamanya menerusi gerak kerja gerakan kiri di Malaysia dan serata dunia, namun kami turut berusaha untuk membangun dan mempopularkan idea sosialis yang mengakar buat masyarakat kita kini. Kami turut hendak terlibat serta menggembleng usahasama dalam membangunkan gerakan sosial progresif dengan mengedepankan idea-idea melangkaui teori dan pewacanaan. Dalam usaha ini, kami bertekad memikul pendirian berikutnya.

Pembebasan dari Segala Bentuk Penindasan

Kami percaya ia adalah hak bagi setiap insan untuk hidup bermaruah, dengan segala kebebasan serta berkembang mekar. Tiada institusi, organisasi atau individu yang mempunyai kuasa sewenang-wenangnya bagi menindas atau mendiskriminasi sesebuah kelompok berdasarkan bentuk identiti atau kedudukan sosial. Kami menolak sebarang agenda yang menafikan maruah kaum wanita, Orang Asal, LGBTQI+, kelompok agama minoriti, migran serta pelarian yang ditindas, serta menuntut kesemua warga ini diberi penghargaan yang adil dan saksama dalam masyarakat serta institusi yang ada.

Kebebasan Sivil dan Kemerdekaan bagi Semua di Malaysia

Hak untuk kebebasan bersuara, berhimpun serta segala yang bersangkutan dengan perundangan perlu diberikan kepada semua, tanpa mengira kaum, agama, kewarganegaraan serta kelas. Kami menuntut agar semua undang-undang kejam serta penyalahgunaan tatacara perundangan yang menekan hak-hak ini untuk dimansuhkan. Oleh itu, kami turut menuntut agar autonomi universiti serta kebebasan akademik dikembalikan di seluruh institusi pendidikan. Kami mengecam segala percubaan bagi mengawasi serta mengawal rakyat, tidak kiralah melalui institusi sekular atau keagamaan.

Keadilan Undang-Undang dan Kesaksamaan Pembangunan

Walaupun kerajaan dalam beberapa hal berjaya menghapuskan kemiskinan tegar, masih banyak lompong di mana kemiskinan bandar dan pedalaman kekal wujud dalam negara. Apatah lagi, pembangunan ekonomi neoliberal yang bertahun lamanya terus memperluas jurang kesenjangan. Kami percaya mereka yang berada di tampuk kuasa perlu membahaskan isu kesenjangan ekonomi ini menerusi dasar yang mensasarkan pekerjaan sepenuhnya (full employment) berbanding inflasi – yang hanya akan memberi kelebihan kepada pemilik modal, dalam membangun kehidupan yang sempurna bagi mereka di luar bandar serta pengagihan kekayaan negara dengan langkah memperkasa warga paling memerlukan di antara kita.

Pemerluasan Demokrasi Tulen dalam Segala Bentuk

Penglibatan keseluruhan warga Malaysia dalam membangun masyarakat adalah satu-satunya cara bagi memastikan agar kesemua proses pembangunan berfungsi untuk semua. Kami menyeru agar pemerluasan demokrasi, di tempat kerja dan universiti melalui kesatuan sekerja, serta dalam masyarakat tempatan dengan memulihkan proses pilihan raya tempatan. Rombakan menyeluruh sistem pilihan raya mesti dilakukan untuk memastikan keputusan yang adil untuk pengundi, bukannya sistem yang memihak hanya kepada parti dan gabungan besar. Kami menyeru warga Malaysia untuk menyertai kami dalam membina semula gerakan akar umbi dan kesatuan sekerja bagi menuntut pembaharuan ini serta memperbesar ruang demokrasi kita.

Memacu Arah Sosialisme Tempatan dan Seluruh Dunia

Tradisi sosialisme yang luas, ditafsir dan mengakar dalam masyarakat yang rencam, memegang kunci kemungkinan dalam kita menganalisa dengan tepat permasalahan yang wujud pada ketika ini serta memacu arah ke hadapan. Kapitalisme, imperialisme, patriarki serta hierarki yang wujud dek kerana ketidakadilan lainnya jelas menjadi halangan bagi manusia untuk mekar membangun. Kami percaya bahawa semua pendirian di atas selaras dengan wawasan sosialisme dalam sebuah masyarakat yang dibangun secara demokratik, dengan kebebasan kolektif dan individu yang dijamin bagi memastikan sebuah kehidupan yang bermaruah.


Jentayu Charter

Preamble

Jentayu is a Malaysian collective seeking to renew socialism for a 21st-century Malaysia. While we draw inspiration from the past, particularly the Malaysian and global Left, we look to develop and popularise socialist ideas relevant to our present society. We also aim to participate in and assist the growth of progressive social movements in advancing these ideas beyond the realm of theory and discourse. In these efforts, we affirm the following principles. 

Liberation from All Forms of Oppression

We believe it is the right of every person to live with dignity, all necessary freedoms and the means to flourish. No institution, organisation or individual should have the undue authority to oppress or discriminate on the basis of any form of identity or social position. We reject any agenda that seeks to deny this dignity of women, indigenous peoples, LGBTQI+, religious minorities, exploited migrants or refugees, and demand that these people be given just and fair recognition within our society and its institutions.

Civil Liberties and Freedoms for All in Malaysia 

The right to free speech, assembly and due process under the law must be guaranteed for all people, regardless of race, religion, citizenship or class. We call for the abolition of all draconian laws and abuse of legal processes that impinge on these rights. As such, we also demand the restoration of university autonomy and academic freedom in all educational institutions. We denounce all attempts to surveil and police the people, be it through secular or religious institutions. 

Economic Justice and Development Equity

In spite of some successes of the state in eliminating hardcore poverty, many large pockets of urban and rural poverty still persist throughout the country. That notwithstanding, years of neoliberal economic development have continued the growing inequality. We believe those in power must address these economic inequities with policies that target full employment rather than inflation – as this only benefits the owners of capital, develop a fuller life for those outside the urban centre and distribute the nation’s wealth in a manner that will uplift the poorest among us. 

Expansion of Genuine Democracy in All Forms 

The participation of all Malaysians in the building of their society is the only way to ensure development works for all. We call for the extension of democracy, in the workplace and universities through unions, and in local communities through the restoration of local elections. A complete overhaul of the electoral system must be carried out to ensure a just outcome for voters, instead of a system that favours big parties and coalitions. We call on Malaysia to join us in rebuilding our grassroots movements and unions to push for these reforms and the enlarging of our democratic space. 

Advancing the Cause of Socialism Locally and Globally

The broad tradition of socialism, interpreted and adapted to various societies, holds the promise of correctly analysing the problems of our time and developing the way forward. Capitalism, imperialism, patriarchy and other forms of unjust hierarchies have been rightly identified as obstacles to human flourishing. We believe all the above principles align with a socialist vision of society that is democratically organised, guarantees personal and collective freedoms and provides for a dignified life.