Siyyah

She lowered the mosquito netting and murmured, ‘The world is corrupt.’

Idealisme dan imajinasi dua kemewahan yang mahal. Barangkali lebih berharga daripada hayat dan kehidupan sehinggakan ada mereka yang terpaksa membayar untuk bayu sinar ini dengan nyawa mereka. Segelintir yang lain sedia melepaskan nafas mereka dengan rela. Nyawa dan perjuangan, dan pergelutan dan hidup membanting tulang, dibalut dalam kotak hadiah sebagai dendam dan ingatan bagi ditukarkan dengan impian masa depan yang lebih redup dan hijau.

Namun, seperti yang pernah disebut dan kita boleh ceritakan, setiap peristiwa ada dua karakternya: mereka yang tersungkur dan berjalan terus, dan mereka yang masih hadir dan membawa suluh resalah. Bagi mereka yang membawa pesanan merpati yang telahpun terbang meninggi, wadah yang paling berharga untuk menyampai pesan barangkali naratif dan sastera. Naratif melayang lintas antara realitas dan imajinasi, dan makna dan simbolisme. Ia mempamerkan yang hitam dan putih, dan ruangan antaranya. Sastera antara lain mengangkat ruh dan spiritualitas, memurnikan kemanusiaan, menajamkan wawasan dan melembutkan rasa dan sensitiviti kita. Dan seperti sebutnya Georg Lukacs, “truly great literature loosens the tongue of the dumb and opens the eyes of the blind. It makes man conscious of himself and of his destinies.”

Kerana itu apabila novella No One Writes to the Colonel (NOWC) kita baca, terasa seakan jiwa ditarik masuki taman bunga yang indah dan udaranya wangi segar yang mana ditemani bukan kekasih tetapi ejekan kesepian dan ketiadaan seperti musim yang berlalu pergi kadang kala menemani lantas sekejap meninggalkan tanpa keberatan. Adanya sesuatu yang kita dapat menggapai dan merasa, tapi pada waktu sama digusari ketidaktentuan dan sentiasa keciciran sahaja. Gabriel Garcia Marquez mengiring kita melewati realitas dan memori, masa kini dan masa lalu, dan sejarah dan cerita. Kita mengikuti Colonel, yang setiap hari menempuh dugaan dan derita hidup, tetapi dalam hati dan tangan masih menggenggam ketabahan dan kekuatan. Ditemani isteri dan ayam kesayangannya, Colonel tampil maju dalam kehidupan dan hari-harinya yang serba kekurangan di Macondo.

Karya NOWC tidak rumit dan lintasan trajektorinya linear bersahaja. Akan tetapi jauh dalam cerita bersembunyi gerakan dan transisi yang kompleks. Kerana daripada segi aturan masa dan tempat, naratifnya dan suara pencerita pelbagai dan intim dan juga istimewa. Dan ini dilakarkan dengan penggunaan memori. Memori tentang Agustin, iaitu anak Colonel, dan isterinya. Memori tentang ayam tersayang Colonel yang diasuh untuk berlaga, yang dahulunya milik Agustin. Memori tentang kematian Agustin di gelanggang ayamnya bertarung. Mahupun tetapi karya ini tidak sekitar memori sahaja. Ia menggambarkan dan mencipta keyakinan dan harapan. Yang kita tidak pasti kewujudannya, mungkin ada mungkin tidak, atau mungkin akan datang, seperti Colonel yang menunggu untuk suratnya pada hari Jumaat setiap minggu. Oleh itu, kita tidak dibawa hanya ke masa lalu, tetapi juga ke masa depan. Di satu-satu tempatnya dan aksi, seperti aksi Colonel berdiri menunggu, yang sudah lalu yang ke hadapan dan yang kini melintas serentak, melebur begitu sekaligus.

Dengan saling interaksi masa dan tempat dan ruang, diadun nada dan gaya bahasa yang liris, dan bentuk dan ungkapan bahasa yang puitis. Bagaimana mahu melihat bintang berkelipan di langit pada waktu siang kalau bukan dengan di bawah payung?  

‘Look what’s left of our circus clown’s umbrella,’ said the colonel with one of his old phrases. Above his head a mysterious system of little metal rods opened. ‘The only thing it’s good for now is to count the stars.’

Dan bunyi apa yang lebih indah dan menyenangkan daripada bunyi tin kopi yang kosong yang berkhutbahkan pujian karat?

“The colonel took the top off the coffee  can and saw that there was only one little spoonful left. He removed the pot from the fire, poured half the water onto the earthen floor, and scraped the inside of the can with a knife until the last scrapings of the ground coffee, mixed with bits of rust, fell into the pot.”

Seperti kekaburan persimpangan realitas dan fantasi, dan keindahan dan kepiluan, tidak ada yang lebih sukar dan tegang untuk dihasilkan daripada penulisan yang berat dan padat dengan emosi, kejernihan dan elegan yang tulus suatu gambaran dan aliran masa kondisi daif. Kemiskinan dan kehidupan yang serba kekurangan dan tidak kesampaian adalah antara leitmotif utama dan berlegar dalam NOWC. Tetapi kepedihan dan kedaifan ini bukan akibat tindakan atau pilihan Colonel, isterinya bahkan ayamnya sendiri. Ia produksi daripada proses dan sistem yang lebih besar. Kuasa yang lebih besar yang mengawal dan mencatur. Jauh sekali kerana kuasa Tuhan, ia menjadi tidak lain dan tidak bukan kerana kuasa manusia. Manusia yang korup, yang bengkok kemanusiaan dan moralnya, yang hanya mengejar dan menjaga kepentingan diri. Seperti Sabas, yang dikatakan merobek dan hidup berhisap darah dan daging manusia,

‘I couldn’t do anything else,’ he explained. ‘That animal feeds on human flesh.’

‘The only animal who feeds on human flesh is Sabas,’ the doctor said. ‘I’m sure he’d resell the rooster for the nine hundred peso.’

‘You think so?’

‘I’m sure of it,’ the doctor said. ‘It’s as sweet a deal as his famous patriotic pact with the mayor.’

The colonel refused to believe it. ‘My friend made that pact to save his skin,’ he said. ‘That’s how he could stay in town.’

‘And that’s how he could buy the property of his fellow-partisans whom the mayor kicked out at half their price,’ the doctor replied. He knocked on the door, since he didn’t find his keys in his pockets. Then he faced the colonel’s disbelief. ‘Don’t be so naive,’ he said. ‘Sabas is much more interested in money than in his own skin.’

Colonel, sudahpun tidak berpunya apa apa, tidak memiliki pilihan selain untuk menjual ayamnya. Walaupun sehingga saat saat akhir dan penghujungnya, Colonel masih ketidaktentuan dalam hatinya. Kita dapat merasakan kerana dalam ayamnya itu tersimpan memori Agustin, dan harapan sebuah kampung. Dalam kemiskinan, kita hilang wajah kita, hilang autonomi dan agensi kita.

After shaving himself by touch – since he lacked a mirror for a long time – the colonel dressed silently.

Siapanya Colonel? Keberadaannya antara ada dan tiada. Ditelan arus masa lalu dan masa depan. Masa lalu yang tidak mahu menghilang, dan masa depan yang tidak akan dan mahu mendatang. Colonel, bersama masa lalu, depan dan kini, dipenjarakan dalam sekeping surat. Masa tidak benarkan Colonel atau isterinya untuk mati. Tetapi tidak juga untuk hidup.

Kita menyaksikan bahawa tiada yang lebih jelas dan menyilau daripada ketidakadilan dan ketidaksetaraan. Sehinggakan hujan yang menitis dan turun daripada langit, juga beza darjatnya, bunyinya dan bentuknya, sebagaimana Colonel melihat ketika memandang luar dari tingkap Sabas di rumahnya,

The colonel observed the grayish almond trees through the rain. It was an empty afternoon.

‘The rain is different from this window,’ he said. ‘It’s as if it were raining in another town.’

‘Rain is rain from whatever point,’ replied Sabas. He put the syringe on to boil on the glass desk top. ‘This town stinks.’

Jauh dan beza sekali bau dan rintihan hujan. Ia seolah mengingatkan kita bahawa walaupun hujan turun di semua tempat, mana mana sahaja, rasa sentuhan dan kesakitannya amat berlainan dan nyaring.

Dunya ini sememangnya kejam. Antara dua tingkat, dan dua darjat. Jauh sekali daripada apa yang pernah disebut Mas Marco sebagai “sama rata sama rasa”. Tetapi manusia walaupun dalam kesunyian, masih memiliki keyakinan dan daya. Bersama itu kita berbekalkan naratif, dengan kebolehan dan keinginan untuk bergerak merentas realitas dan imajinasi ke depan, bahkan untuk melampauinya.

Bilamana harapan sudah luruh, dan sebahagiannya menipu dan sebahagian lagi mengecewakan kita, yang hanya kita boleh makan, seperti disebut Colonel, hanya “shit”. Sekalipun begitu keadaannya, Colonel tetap yakin Januari 20 akan datang. Dan kita juga pun percaya ia akan tiba, barangkalinya.